10 hotel bajet moden, selesa sekitar KL, Lembah Klang


Kewujudan aplikasi dan laman sesawang yang menawarkan fungsi pencarian serta tempahan hotel menjadi satu trend dalam akitiviti pelancongan masa kini.

Ia sekali gus memberi kemudahan kepada pengguna untuk membuat semakan dan perbandingan harga sebelum mengesahkan tempahan dengan satu klik sahaja.

Selain lambakan hotel-hotel terkemuka, hotel bajet turut menjadi pilihan orang ramai khususnya yang tidak mahu berbelanja besar.

Namun ia bukanlah satu masalah kerana aspek keselesaan tetap menjadi asas utama walaupun ia sekadar hotel bajet.

Berikut 10 hotel bajet pilihan di sekitar ibu negara yang disenaraikan oleh rantaian hotel terbesar di Asia Selatan, OYO Hotels.

1) Lodge Paradize Hotel, Bukit Bintang



Hotel berkonsepkan butik ini terletak dalam kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur menjadikan ia begitu strategik bagi mereka yang mahu bercuti di sekitar lokasi itu.

Bilik hotel tersebut dihias dengan lantai kayu dengan perabut asas untuk kegunaan tetamu.

Malah, ia terletak berdekatan dengan kawasan restoran dan kedai makan.

Jika tidak mahu berjalan kaki, anda boleh menaiki perkhidmatan Grab menempuhi perjalanan selama 5 minit untuk ke Pasar Seni dan Plaza Low Yat.

2) Aira Hotel, Kuala Lumpur

Aira Hotel terletak berdekatan dengan Dataran Merdeka, Muzium Tekstil Kebangsaan, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Menara Petronas.

3) YP Boutique Hotel, Petaling Jaya



YP atau Yippee terletak berhampiran Paradigm Mall di Petaling Jaya.

Lebih menyeronokkan, anda boleh ke taman tema Sunway Lagoon dengan perjalanan selama 15 minit sahaja dari hotel ini.

Antara tarikan lain berhampiran hotel ini ialah KidZania Kuala Lumpur, 1 Utama Shopping Centre dan taman tema I-City Shah Alam.

Bagi mereka yang mahu menggunakan pengangkutan awam, hotel ini terletak lima minit perjalanan dari stesen LRT Kelana Jaya dan 20 minit perjalanan ke Lapangan Terbang Subang.

4) Puteri Ampang Hotel, Kuala Lumpur

Bagi mereka yang suka membeli-belah, lokasi ini sangat strategik kerana ia terletak sekadar lima minit perjalanan ke Ampang Point.

Selain itu, ia juga terletak berhampiran dengan Menara KLCC.

Dengan hiasan bilik sentuhan moden dilengkapi televisyen LCD dan saluran Astro, ia menjanjikan penginapan yang selesa buat anda.

Malah, pihak hotel turut menyediakan perkhidmatan shuttle untuk anda ke lapangan terbang.

5) SMC Alam Avenue, Shah Alam



Hotel ini terletak di tengan-tengah Shah Alam dan menawarkan penginapan yang sangat selesa serta mesra untuk tetamu.

Tarikan terdekat tentunya I-City yang terletak 3 kilometer dari hotel ini.

Selain I-City, mereka yang menginap di situ juga boleh berkunjung ke taman botani Bukit Cahaya yang menjanjikan panorama indah penuh kehijauan.

6) I Hotel, Kuala Lumpur



Terletak di Jalan Maharajalela, anda pastinya tersentuh dengan layanan mesra kakitangan hotel ini.

Satu aspek menarik yang ditawarkan hotel ini ialah dek di bahagian bumbung yang menawarkan panorama KLCC dan Menara KL.

Dengan 10 minit perjalanan menaiki kereta, anda boleh ke pusat beli-belah Pavilion dan Fahrenheit 88.

Bagi anda yang mahu membeli-belah dengan harga murah, boleh juga berkunjung ke Kenangan Wholesale Centre yang turut terletak di sekitar kawasan itu.

7) Damansara Inn, Damansara Jaya

Terletak di Damansara Jaya, ia berdiri bersebelahan pusat beli-belah Atria.

Ia turut berdekatan dengan pusat beli-belah lain seperti Starling, 1 Utama dan Amcorp Mall.

Selain pusat beli-belah, hotel ini juga tidak jauh dari kawasan komersial seperti Damansata Uptown dan Phileo Damansara.

8) I Boutique Hotel, Petaling Jaya

Sekadar 15 minit perjalanan ke taman tema Sunway Lagoon dan pusat beli-belah Sunway Pyramid, hotel ini pastinya pilihan yang tepat buat anda.

Selain itu, hotel ini turut menawarkan perkhidmatan dobi untuk tetamu mereka. Untung sangat sesiapa yang menginap di situ, kan?



9) Chinee Hotel, Kuala Lumpur



Selesa, bersih dan kemas. Itulah yang dapat menggambarkan hotel ini.

Malah, kakitangannya juga sangat membantu dalam memudahkan urusan tetamu yang menginap di situ.

Malah, kakitangan mereka di kaunter utama sentiasa ada sepanjang masa selama 24 jam, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan jika anda memerlukan bantuan.

Selain berdekatan dengan tarikan di Bukit Bintang, anda boleh berkunjung ke Taman Botani dan Taman Burung KL dengan menaiki kereta selama 10 minit sahaja dari hotel ini.

10) I Hotel, Kota Damansara



Terletak berhampiran pusat beli-belah Sunway Giza Mall, 1 Utama, The Curve dan Ikea, ia adalah hotel yang sempurna untuk anda.

Malah, terdapat banyak restoran berdekatan hotel ini. Pendek kata anda tidak akan bosan sepanjang menginap di sini.

Tempah hotel anda sekarang!

Traveloka (MY)
Agoda (MY)
Trivago (MY)
CheapFlights (MY)
Hotel Quickly (MY)
Hotels (MY)
Accor Hotels (MY)
Booking (MY)
Jetradar Flights & Hotels
Hotels Combined (International)



Post a Comment

Previous Post Next Post